Haram undi PAS,PKR dan DAP vs PRU13
matmeonisukalimahAllahustazharunyahya
Deklarasi Persidangan Ulama Pondok,Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz selama tiga hari yang berakhir di Gurun,Kedah telah membuat deklarasi HARAM bagi umat Islam mengundi PAS dan PKR pada pilihanraya Umum ke-13.Kalau Ulama pun dah istihar HARAM dengan siapa lagi kita mahu percaya,dengan itu MM mengajak rakan-rakan semua teruskan memberi kepercayaan kepada BN dan UMNO pada PRU 13 ini bagi memastikan geng-geng pluraslisme ini tidak merosakkan kesucian Agama Islam.
Memetik dari keputusan Pengerusi Persidangan,Harun Yahya Isu Kalimah Allah bukanlah isu politik semata-mata sebaliknya adalah usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam.
Menurut beliau kenyataan Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP,Karpal Singh bahawa Kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah JENAYAH paling besar ke atas agama Islam.
Oleh itu adalah HARAM menyokong PAS,PKR dan DAP ini bukan kata MM tapi ini adalah hasil deklarasi para ulama pondok yang membuat keputusan berdasarkan nas-nas daripada Kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah diadakan perbahasan selama tiga hari.
MM terfikir selama tiga hari para Ulama mengambil masa untuk menjatuhkan hukum HARAM ini dan dengan itu MM menyeru semua rakyat Malaysia berfikir dengan akal dan ilmu demi keselamatan agama Islam.Apa lagi yang kita nak ikut kalau Ulama dah menjalankan tugas dengan baik dan menjatuhkan hukum dengan sangat tepat dan baik.
PR adalah satu parti yang menyokong PLURALISME agama yang jelas menyekutukan Allah.Akibat Pluralisme,rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan MURTAD kerana Umat Islam tidak mengEsakan Allah serta mengaku Agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa Agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.Oleh itu adalah HARAM menyokong PAS,PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah.
MM ingin berkongsi bersama anda semua untuk melihat dan menilai di http//:www.peraktoday.com/isukalimahAllah/harunyahya.
Bersama kita menjaga Akidah kita dari dipesongkan oleh pihak yang tidak bertangungjawab.
